Parti dan Perikatan Pilihan_raya_umum_India_2014

Perikatan Demokratik Kebangsaan

Perikatan Demokratik kebangsaan merupakan sebuah perikatan yang terdiri daripada 22 parti politik. Parti Bharatiya Janata merupakan parti terbesar dalam perikatan ini. Perikatan ini diketuai oleh Narendra Modhi.

Perikatan Progresif Bersatu

Perikatan Progresif Bersatu terdiri daripada 12 buah parti dan diterajui oleh Rahul Gandhi dari parti Kongres Kebangsaan India. Kongres Kebangsaan India merupakan parti terbesar dalam perikatan ini.

Lain-lain parti

Berikut adalah parti-parti politik yang bertanding di India dan tidak bergambung dengan mana-mana perikatan.

  • Aam Aadmi Party
    • Berikutan kemenangan dalam Pilihan Raya Dun Dehli , Aam Aadmi Parti bertanding dalam 424 kawasan pilihan raya di India
  • All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam
    • Parti terbesar dari Tamil Nadu ini mengambil keputusan untuk tidak bergabung dalam mana-mana perikatan dan oleh itu akan bertanding semua kerusi di Tamil Nadu dengan sendiri. Presiden parti,Jayalalitha memberitahu perhimpunan pada bulan Mac bahawa dia akan memodenkan angkatan tentera dengan meningkatkan keupayaan mereka supaya mereka setanding dengan kuasa-kuasa besar. Parti ini juga mengkritik Kerajaan sebelum pilihan raya yang ditadbir oleh Perikatan Progresif Bersatu.
  • All India Forward Bloc
  • Bahujan Samaj Party
  • Pari Komunis India
  • Dravida Munnetra Kazhagam
    • Seperti All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam, DMK juga tidak bergabung dalam mana-mana perikatan dan mengambil keputusan untuk bertanding di Tamil Nadu bersendirian.
  • Janata Dal
  • Parti Nasional Maharasta
  • Nav Bharat Democratic Party
  • Samajwadi Party
  • Sikkim Democratic Front
  • Trinamool Congress
  • YSR Congress Party

Barisan Ketiga

Barisan Ketiga terdiri daripada 13 buah parti politik